Pemakanan
1.Doktor, saya seorang vegetarian dan bolehkah saya memberi makanan vegetarian kepada kucing saya?Kucing saya adalah kucing jantan baka tempatan dan berusia 1 tahun.
Kucing merupakan haiwan karnivor seperti saudaranya harimau dan singa. Ia memerlukan diet yang mengandungi kalsium dan fosforus yang hanya terdapat dalam daging dan tulang. Diet yang terdiri dari sayuran akan menyebabkan malnutrisi kepada kucing tersebut seterusnya menyebabkan ia jatuh sakit. Terdapat beberapa jenis makanan komersial seperti makanan kering dan makanan dalam tin yang mengandungi cukup nutrisi yang diperlukan oleh kucing anda. Pastikan kucing anda sentiasa mendapat bekalan air minum yang mencukupi.
2.Kucing Parsi saya, Nemo suka makan pisang, limau dan epal. Adakah ia baik untuk kesihatannya?
Kucing juga memerlukan serat walaupun ia merupakan haiwan karnivor. Malangnya terdapat pemilik yang memanjakan kucingnya dan memberinya makan semua makanan manusia. Serat dalam buah – buahan adalah baik namun, jika diberi dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menyebabkan sakit perut dan cirit birit. Perlu diingatkan juga sistem pencernaan kucing tidak sama dengan sistem pencernaan omnivor seperti manusia. Anda boleh mencuba menanam sebuah pasu kecil dengan tumbuhan catnip ataupun parsley untuk memenuhi kehendak kucing terhadap serat.
3.Anjing Labrador Retriever saya, Missy,2 tahun,suka mengganggu kami sekeluarga sewaktu makan di meja makan. Bagaimana caranya untuk mencegah Missy berkelakuan sebegitu?
Haiwan kesayangan boleh dilatih agar tidak mengganggu kita semasa makan. Ketika di meja makan, jangan beri makanan anda kepada Missy walaupun ia meminta - minta(begging). Sifat ini adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan ia akan terbawa – bawa dan mengganggu sekiranya anda mengadakan jamuan makan bersama tetamu. Biasakan meletak makanan Missy di dalam mangkuk makanannya sendiri di suatu tempat khas. Jangan pedulikan Missy sekiranya ia masih meminta – minta. Pemberian makanan seperti ini juga boleh menyebabkan masalah kegemukan kepada haiwan kesayangan.
4.Bolehkah saya memberi makan coklat dan minuman susu kepada kucing saya?
Coklat mengandungi bahan kimia theobromine, sejenis kafein yang boleh menyebabkan keracunan kepada kucing apabila diberi berlebihan. Mengenai pemberian susu pula, adalah tidak digalakkan kerana perut kucing tidak boleh menghadam laktosa di dalam susu. Anda boleh membeli susu yang diformulasi khas untuk kucing ( cat milk formulated) di klinik – kllinik veterinar atau di petshop.Susu yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut dan cirit – birit. Bagaimanapun jika anda mengalami masalah anak kucing baru lahir yang tiada ibu, beli susu tepung khas untuk anak kucing , bancuh ikut sukatan dan beri minum setiap 3-4 jam sekali.
thanx to catlina
Tiada ulasan:
Catat Ulasan