Tabiat dan sifat tindakbalas (Behaviour)
1.Nelly, kucing betina keluarga kami suka mengejar dan mencakar atau menggigit kaki kami apabila pulang ke rumah.Nelly merupakan satu – satunya kucing di rumah saya. Kenapakah Nelly suka berkelakuan sedemikian?Kadangkala sikap Nelly menyebabkan anak – anak kecil yang datang ke rumah menjadi ketakutan.
Jawapannya mudah sahaja, Nelly berasa bosan!Semasa anda tiada di rumah kerana bekerja atau ke sekolah, Nelly akan berehat atau tidur sepuas – puasnya dan apabila anda pulang, ia menganggap anda adalah kawan sepermainannya dan ia bersedia untuk bermain! Jika anda tidak dapat membela seekor lagi kucing untuk menjadi kawannya, laburlah sedikit wang untuk membeli alat permainan untuknya seperti bola yang lembut berloceng atau tiang dengan tali yang berjuntai. Kesemua permainan ini ada dijual di kedai – kedai haiwan kesayangan. Anda juga boleh membuat sendiri permainan untuk Nelly dengan kertas suratkhabar,kotak – kotak besar yang tidak digunakan, papan lapis atau kadbod sekiranya anda kreatif.
2.Kucing saya Bulat, menjadi garang terhadap seekor lagi kucing saya,Comel. Comel merupakan adik – beradik Bulat. Ini berlaku sejak Comel pulang dari klinik veterinar setelah seminggu dirawat di sana.
Deria bau kucing amat sensitif, kemungkinan besar Bulat tidak mengenali bau Comel kerana bau dari klinik veterinar itu masih 'melekat' kepada Comel. Mandikan Comel untuk menghilangkan bau klinik itu ,anda juga boleh menggunakan tuala yang sama kepada kedua – dua kucing supaya bau mereka bercampur dan Bulat tidak akan garang kepada Comel lagi. Jika tidak berkesan, asingkan kedua – duanya buat sementara waktu dan minta pandangan doktor veterinar anda.
3.Saya tidak mahu memandulkan Tom, kucing jantan saya. Saya rasa ia adalah berdosa dan lagi pun, saya tidak mahu Tom menjadi pondan!
Kucing tiada perasaan personaliti seperti manusia. Walaupun telah dimandulkan, personalitinya masih sama seperti sebelum dimandulkan. Malah ia akan menjadi lebih jinak, lebih bersih dan suka berada di sekitar rumah.Pilihan di tangan anda. Jika Tom ialah kucing baka baik dan anda ingin membiakkannya dengan kucing betina baka baik, maka tidak perlu memandulkannya. Tetapi jika anda tidak mahu membiakkan Tom , saya nasihatkan anda memandulkannya . Kucing jantan yang subur akan sentiasa merayau – rayau dan bergaduh kerana mencari pasangan. Ini menyebabkan Tom terdedah kepada dilanggar kereta , diculik dan juga ancaman penyakit berjangkit melalui hubungan kelamin. Memandulkan kucing adalah harus bagi menjaga maslahah ummah. Sekiranya Tom masih subur, ia akan aktif berkahwin dengan kucing – kucing betina liar dan menambahkan populasi kucing liar yang selalu mengalami masalah mendapatkan makanan,terdedah kepada pergaduhan dan akhirnya mati kebuluran atau diserang penyakit.
4.Saya suka memelihara anjing tetapi isteri saya sukakan kucing.Bolehkah anjing dipelihara bersama dengan kucing?
Kita selalu mendengar kata pepatah orang yang selalu bergaduh ,”seperti anjing dengan kucing”. Tetapi sebenarnya anjing boleh dipelihara bersama kucing . Umur paling sesuai ialah kedua –dua anjing dan kucing itu masih anak iaitu antara umur 2 - 4 bulan. Tahap penerimaan masing – masing lebih mudah di tahap ini. Bagaimanapun, jika anak anjing itu masih terlalu muda (2 -3 bulan) dan kucing itu sudah dewasa( 6 bulan ke atas), anda mungkin perlukan pengawasan rapi kerana dikhuatiri kucing itu akan mencederakan anak anjing itu dengan mencakar muka atau mata anak anjing. Anak anjing yang masih kecil tidak berdaya mempertahankan dirinya.Jangan paksa situasi penerimaan, perkenalkan mereka secara beransur – ansur dengan pengawasan anda. Selamat mencuba!
5.Adakah anjing atau kucing mengalami stress?
Ya. Selalunya baka oriental dan import lebih sensitif terhadap stress. Tetapi ia bergantung kepada keadaan haiwan kesayangan dijaga di rumah pemiliknya. Sebagai contoh, kucing yang dipelihara seekor sahaja di rumahnya mungkin akan menjadi stress dan boleh jatuh sakit sekiranya ditinggalkan kepada orang yang tidak dikenali terlalu lama oleh tuannya yang pergi bercuti.Dua atau tiga ekor kucing yang dipelihara bersama mungkin tidak mengalami stress jika ditinggalkan bersama kerana ia mempunyai "kawan" dan boleh mengelakkan ia berasa bosan. Seekor kucing yang selalu ditinggalkan di rumah bersendirian tanpa pengawasan dan permainan juga boleh merosakkan perabot seperti sofa dan kaki meja kerana ia menggaru perabot untuk menghilangkan rasa bosan dan melepaskan perasaan!
6.Anjing Rottweiler saya berumur 4 bulan dan gemar menggigit kasut. Menegapa ia berbuat demikian dan adakah ia membawa mudarat kepadanya?
Anak anjing anda sedang tumbuh gigi(teething) dan mengalami gatal gusi, seperti juga bayi manusia! Ia boleh mendatangkan mudarat sekiranya kulit kasut itu terkopek atau ia bermain dengan tali kasut dan anjing anda menelannya. Ia akan menyebabkan foreign body obstruction @ FBO (sekatan benda asing) dalam perut atau usus yang mungkin memerlukan pembedahan untuk menegeluarkan foreign body tersebut. Terdapat pelbagai alat mainan untuk teething yang boleh dibeli di petshop. Anda cuma perlu pastikan ia cukup kukuh , tidak mudah tercabut apabila digigit dan tidak menyebabkan keracunan.Dan....simpan kasut anda di tempat terlindung seperti dalam rak kasut beralmari.
kucing boleh tahan tak dengan bau ubat gegat yang banyak di dalam bilik? adik saya memelihara kucing.. kucingnya sentiasa dikurung didalam bilik memandangkan mak cik saya tidak suka kucing didalam rumah. tetapi, adik saya meletakkan ubat gegat didalam bilik untuk menghalau lipas sehinggakan saya tidak tahan dan pening dengan baunya. seingat saya, kucing sangat sensitif dengan bau..
BalasPadamkucing maya sekor...die suke main sergah tibe2 mungkin die bosan kot..
BalasPadamkucing saya suka merayau rayau kadang2dua hari baru balik macam mane ni??
BalasPadam