Sabtu, 3 April 2010

Tips mberi makanan kpd kucing

Makanan untuk kucing adalah salah satu keperluan asas yang paling penting, perkara ini sepatutnya diuruskan oleh pemiliknya sendiri. Kita harus memberi makan kucing kesayangan dengan makanan yang paling berkhasiat supaya mereka dapat membesar dan hidup dengan baik, serta bebas daripada pelbagai penyakit. Seelok-eloknya, pastikan kucing anda tidak kehabisan air minuman.

Berikut adalah tip-tip yang boleh anda gunakan apabila memberikan makanan kepada kucing anda?
  • Jangan memberikan makanan yang mengandungi makanan berjagung sebagai bahan pemakanan
  • Elakkan memberi makanan yang berconation seperti hampir 50% daripada karbohidrat
  • Terlalu banyak makanan dengan bahan pengawet juga adalah amat-amat tidak digalakkan

Seterusnya, Apakah yang baik untuk kucing?

Ketahuilah asas-asas keperluan nurition untuk kucing anda. Ini termasuklah Protein dari daging, ikan, atau sumber untuk ternakan ayam dan itik, taurin, asid amino, lain-lain vitamin yang tertentu, mineral, enzim dan asid lemak. Akhir sekali, tentu sekali air.

Apakah kucing memerlukan karbohidrat?

Lazimnya, kucing tidak terlalu memerlukan karbohidrat seperti anda. Walaubagaimanpun, hal ini memang tidak dapat dielakan, jadi anda perlu memastikan karbohidratnya tidak mencapai atau melebihi 50 peratus dalam pengambilan pemakanan harianya.

Salah satu tip yang terbaik adalah memberi makan kucing anda dengan makanan yang bervariasi atau beranika jenis dari semasa ke semasa agar kucing kesayangan anda tidak mudah menjadi bosan. Sekiranya, anda memberi makan dengan makanan yang sama sepanjang masa, ia akan membuatkan kucing anda kurang bernafsu untuk makan dan ini akan menyebabkan kekurangan jumlah nutrition pada kucing kesayangan anda itu.

THANX.. kitty world

Tiada ulasan:

Catat Ulasan