Selasa, 28 Julai 2009

5 Sebab Mengapa Tidak Boleh Declawing

Ditulis oleh feliscatus pada Monday, December 08, 2008

Sebelum ini kita telah melihat apa itu declawing. Jika anda berfikir mahu melakukannya, saya mahu memberikan beberapa maklumat untuk membantu anda membuat keputusan.
1. Trend
Pertamanya, anda patut tahu bahawa declawing ini, walaupun didatangkan dengan pelbagai pakej yang penuh dengan istilah kedoktoran, ia adalah trend. Saya melihatnya sebagai trend Amerika, atau American thing, atau American style. Saya bukan bermaksud prejudis, tetapi jika anda melayari internet, anda akan dapat melihat sendiri siapa yang paling banyak melakukannya. Saya katakan trend kerana ia adalah sesuatu yang kita lakukan untuk kesenangan kita tanpa memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku pada kucing kesayangan. Di England, declawing dianggap sebagai tidak berperikemanusiaan dan proses pengkudungan yang tidak wajar. Malah terdapat 23 buah negara mengharamkannya dari diamalkan oleh mana-mana pihak.

2. Mencacatkan kucing
Sebelum anda melakukan declawing, anda perlu jelas bahawa declawing bukan seperti membersihkan kuku, atau memotong kuku, atau mengikir kuku tetapi ia adalah pembedahan yang serius. Kuku kucing anda sebenarnya bukanlah kuku, tetapi tulang, yang bersendi pada hujung jari kakinya. Declawing adalah proses membuang tulang itu, dan ini mencacatkannya, atau kudung. Pada peringkat ini anda sepatutnya memahami mengapa declawing dianggap tidak berperikemanusiaan.

3. Kesakitan
Ia adalah pembedahan yang menyakitkan dengan proses penyembuhan yang sangat menyakitkan. Dan ingatlah bahawa sepanjang tempoh penyembuhan itu kucing anda masih perlu menggunakan kakinya untuk berjalan, melompat dan menguis di dalam litter box walaupun dalam keadaan kesakitan. Jika kita sakit kita dapat berehat di tilam empuk atau duduk di kerusi roda, tetapi kucing tidak dapat buat begitu.Tiada penggemar kucing yang meragui deria kucing adalah sangat tinggi berbanding manusia. Begitu juga dengan kesakitan. Kucing akan merasa sakit, lebih tinggi berbanding manusia. Namun anda tidak dapat melihat kesakitan itu ditonjolkan oleh kucing, kerana mereka menyembunyikannya. Bukan kerana ego, tetapi itu adalah fitrah mereka. Kucing tidak akan menonjolkan bahawa mereka sedang berada dalam keadaan lemah kerana ia meletakkan mereka dalam keadaan bahaya, dan secara fitrahnya mereka akan menyembunyikan kesakitan itu.Ada sebahagian pemelihara kucing yang mendakwa kucing mereka OK dan tiada apa-apa kesakitan sepanjang tempoh penyembuhan. Ini adalah tidak benar sama sekali kerana mereka tidak memahami tabiat dan fitrah kucing itu sendiri.

4. Merampas Hak Kucing
Struktur badan kucing dibina untuk memberikan ketangkasan, kelincahan dan kecantikan yang unik kepada spesies ini. Kukunya adalah penting kerana ia sebahagian daripada binaan ini. Mengkudungkan bahagian penting daripada binaan anatomi ini akan mengubah keselesaaan kaki mereka. Ini juga akan merampas keupayaan mereka untuk mempertahankan diri dan mendedahkan mereka kepada apa sahaja pemangsa atau bahaya dan mereka hanya mampu berlari dan tidak dapat memanjat untuk menyembunyikan diri.

5. Hukumnya Haram
Bagi mereka yang beragama Islam, membuang kuku kucing melalui proses declawing adalah haram. Kerana ini mencacat, menyeksa dan merampas hak kucing. Ia hanya boleh dilakukan jika darurat sahaja, dan kerosakan pada perabot itu tidak dianggap sebagai darurat. Masih banyak cara lain untuk mendidik kucing selain daripada declawing.

thanx to alamkucing!

Tip Asas Nak Jaga Kucing

Ditulis oleh feliscatus pada Friday, April 24, 2009

Apabila anda telah membawa kucing pulang bersama anda di rumah, adalah penting untuk kita memastikan keperluan asasnya dijaga. Dalam hidupan liar, kucing menyesuaikan diri terhadap persekitaran dengan cara memburu untuk mendapatkan makanan, mendapatkan keselamatan dengan memanjat pokok serta melindungi diri. Apabila berada di rumah, kucing memerlukan bantuan kita untuk hidup harmoni dalam persekitaran ini.

Jika anda telah menyediakan asas makanan, minuman yang baik dan tempat berlindung, maka anda telah melakukan permulaan yang baik. memantau bagaimana kucing menggunakan kemudahan ini akan memberi gambaran berkenaan keadaan kesihatan kucing itu. Kucing merupakan haiwan yang mempunyai rutin, maka sebarang perubahan terhadap tabiat mereka perlulah di periksa agar tiada masalah kesihatan.

Privasi atau waktu bersendirian adalah amat penting bagi kucing. Walaupun kucing itu sangat sosial dan peramah dengan manusia, mereka masih memerlukan waktu bersendirian. Biasanya privasi ini diperlukan ketika mereka menghias diri dan membuang najis. Sesetengah kucing mahukan privasi ketika makan, tetapi ada juga yang lebih berselera makan jika ditemani tuannya.

Kucing yang suka mengasingkan diri, atau takut berada dikalangan manusia, perlulah diberi ruang untuk bersendirian dalam sehari. Memang benar kita boleh melatihnya untuk menjadi lebih sosial tetapi kebanyakan kucing sebenarnya sangat berwaspada dan berhati-hati secara semulajadi, dan tidak ada latihan yang boleh membuang tabiat itu sepenuhnya.

Ada pemilik pernah memberitahu saya yang mereka fikir kucing mereka mungkin pernah di dera sebelum dipelihara oleh mereka. Tapi dalam banyak keadaan, sebenarnya kucing sememangnya telah dilahirkan dengan sikap yang sebegitu. Kucing yang kelihatan takut, terlalu berhati-hati, lama kelamaan akan belajar untuk mempercayai anda dan jangan terkejut jika kucing itu akan menjadi teman yang sangat akrab, walaupun mereka mungkin tidak akan bermanja dengan orang lain sepertimana anda.

Kucing yang diperkenalkan kepada kucing baru yang lain, atau anjing, atau kanak-kanak di dalam rumah, perlu diberi masa untuk bersendirian. Adalah tidak adil jika anda mahukan kucing itu rasa gembira dan menerima kehadiran orang baru dalam rumah dalam masa singkat. Ini bukanlah naluri kcuing kerana kucing benci kepada perubahan. Mereka lebih gemar sesuatu perkara itu kekal asal sepertimana mereka yang mengubahnya (dan bukan orang lain, termasuk anda!). Kucing memerlukan seminggu hingga sebulan untuk menerima perubahan persekitaran, atau sekurang-kurangnya untuk dia tidak berasa begitu takut.

Apabila kucing itu baru dibawa ke rumah yang mempunyai kanak-kanak, semua orang berasa begitu teruja dan mahu menyentuh dan membelainya. Menjadi tumpuan perhatian bukanlah sesuatu yang digemari oleh kucing. Ibubapa perlu mengawal pengendalian kucing itu dan pastikan ia diberi peluang untuk berehat dan bersendirian.

Memasuki rumah baru memberi tekanan kepada kucing, dan tidak mendapat ruang untuk rehat dan menyendiri akan menambahkan lagi beban tekanan itu. Kucing yang tertekan akan mendapat impak negatif terhadap sistem imunisasinya, seperti pernah saya jelaskan artikel dahulu, binatang tidak seperti manusia yang dapat meredakan tekanan dengan cara bermain gitar, bercuti dan sebagainya.

Maka adalah penting untuknya diberi rehat, sediakan ruang untuknya bersembunyi dan tetapkan peraturan di rumah bahawa setiap kali kucing itu berada dalam tempat persembunyian, maka tiada siapa dibenarkan menyentuhnya. Jika anda tidak dapat memberi ruang itu kepadanya, anda perlu menyediakan carrier dan biarkan kucing itu berada di situ beberapa lama. Carrier seperti itu boleh memberinya rasa selamat dan bersendirian.

thanx to alamkucing

Bagaimana Mengajar Anak Kucing Menggunakan Litter Box

Ditulis oleh feliscatus pada Friday, December 26, 2008

Jika anda merancang untuk memelihara kucing outdoor, anda masih perlu mempunyai litter box untuk beberapa minggu pertama kerana anak kucing perlu diletakkan di dalam rumah sehinggalah mereka menerima vaksin dan sehingga mereka telah bersedia untuk meneroka dunia luar. Latihan menggunakan litter box yang baik pada peringkat ini amat penting kerana dapat mengelakkan masalah pada masa hadapan.

Memilih Litter Box dan Isiannya

Pilih kotak najis yang agak dalam dan isian yang halus (tetapi tidak berdebu). Kebanyakan kucing menjauhi litter box kerana ia terlalu cetek atau isiannya kasar. Jangan beli litter yang mempunyai pewangi kerana kucing tidak akan menggunakannya.

Ada sesetengah orang yang menggunakan cebisan suratkhabar yang dicarik-carik sebagai isian untuk anak kucing. Saya berbelah bagi dalam hal ini samada ia satu idea yang baik atau tidak. Najis anak kucing biasanya lebih cair (terutamanya yang berumur kurang 8 minggu) dan suratkhabar bukanlah bahan yang baik untuk menyerap cairan pejal sebegini.

Dakwat yang ada pada akhbar juga adalah toksik dan boleh dipindahkan ke tapak kaki anak kucing dan akhirnya dihadam jika dia menjilatnya. Lagipun, saya tidak fikir mengajar anak kucing menggunakan suratkhabar untuk membuang adalah satu idea yang bagus. Anak kucing akan mula cenderung untuk menggunakan suratkhabar yang ada pada meja atau sofa dan ini bukanlah perilaku yang kita mahu galakkan.

Jika anda masih mahu menggunakan kertas, gunakanlah kertas kosong tanpa dakwat. Jika anda mempunyai paper shredder, itu lebih baik. Isian kertas seperti ini tidak perlu di scoop, setiap kali anak kucing membuang di situ anda perlu membuang keseluruhan isian dan meletakkan isian yang baru. Namun begitu, jika anak kucing berumur lebih dari 8 minggu, gunakan clumping litter.

Lokasi

Lokasi adalah perkara kedua yang sangat penting. Kucing perlu berasa selesa setiap kali menggunakannya atau dia akan mula mencari lokasi yang lebih tersorok. Litter box perlu berada di kawasan yang kurang trafik dimana kurang terdapat gangguan dan sama sekali tidak setempat dengan kawasan dia minum atau makan. Kucing kebiasaannya akan menjauhi kotak najis yang diletakkan berhampiran dengan kawasan dia makan atau kawasan yang sibuk. Jika anda mempunyai lebih dari seekor kucing, asingkan litter box untuk setiap kucing di lokasi berbeza.

Anda digalakkan untuk meletakkan juga tikar pengalas yang lebar di bawah kotak najis ini. Anak kucing suka bermain-main dengan isian yang berada di dalam kotak dan ini dapat mengelakkan lantai anda menjadi kotor. Pengalas juga dapat membendung sisa-sisa isian atau tracking dari tapak kaki kucing. Jangan menggunakan pengalas karpet 'rumput' atau apa sahaja pengalas yang mempunyai pointed side kerana kucing tidak menyukainya.

Melatih Anak Kucing

Jika anak kucing masih bersama ibunya, tugas ini menjadi lebih senang kerana anak kucing akan belajar dari gerak laku ibunya. Anda hanya perlu menunjukkan di mana kotak itu berada dan tugas anda akan selesai. Tetapi memang secara amnya, mengajar anak kucing adalah lebih mudah kerana kucing mempunyai naluri semulajadi untuk menjadikan kawasan berpasir sebagai tempat untuk membuang.

Jika anda baru sahaja membawa anak kucing pulang ke rumah, bawakan dia ke litter box sebelum membuat perkara-perkara lain. Ini adalah perkara paling mustahak. Letakkan anak kucing di dalamnya dan biarkan dia menghidu atau menguis-nguisnya.Bawakan anak kucing itu ke litter box dari masa ke semasa terutamanya selepas dia makan, bangun dari tidur atau menunjukkan tanda-tanda dia mahu membuang. Jika dia tidak tahu menggunakannya, anda mungkin perlu menggerakkan kaki hadapannya seperti menguis-nguis untuk merangsangnya. Jika anda melihat anak kucing menguis-nguis lantai atau menyorokkan diri, ini adalah tanda-tanda dia mahu membuang. Berikan pujian jika dia berjaya menggunakan litter box itu.

Jika anak kucing anda membuang di tempat lain, pindahkan najis atau lapkan air kencing dan letakkan kain itu ke dalam litter box. Bau yang ada pada najis dan air kencing itu akan menggalakkan anak kucing untuk menggunakannya pada masa hadapan. Jika anda melihat anak kucing anda sedang membuang di tempat lain, angkatkannya dan letakkan dalam litter box (berhati-hati jangan sampai meleret-leret pula najisnya!).

Basuh kawasan 'jenayah' itu sebaik-baiknya dengan pencuci berenzim supaya tidak ada bau najis di kawasan itu. Jika tidak, anak kucing akan menganggap kawasan itu sebagai tandasnya kerana masih ada bau najisnya di situ. Jangan menghukum kucing seperti meletakkan hidungnya pada najis kerana ini hanya akan memburukkan keadaan dengan menambahkan stress dan ketakutan kepada kucing. Ketakutan dan stress adalah antara punca yang membawa lebih banyak perilaku yang anda sendiri tidak akan sanggup menghadapinya.

thanx to alam-kucing

Isnin, 27 Julai 2009

soal jawab sifat-sifat kucing

Tabiat dan sifat tindakbalas (Behaviour)
1.Nelly, kucing betina keluarga kami suka mengejar dan mencakar atau menggigit kaki kami apabila pulang ke rumah.Nelly merupakan satu – satunya kucing di rumah saya. Kenapakah Nelly suka berkelakuan sedemikian?Kadangkala sikap Nelly menyebabkan anak – anak kecil yang datang ke rumah menjadi ketakutan.
Jawapannya mudah sahaja, Nelly berasa bosan!Semasa anda tiada di rumah kerana bekerja atau ke sekolah, Nelly akan berehat atau tidur sepuas – puasnya dan apabila anda pulang, ia menganggap anda adalah kawan sepermainannya dan ia bersedia untuk bermain! Jika anda tidak dapat membela seekor lagi kucing untuk menjadi kawannya, laburlah sedikit wang untuk membeli alat permainan untuknya seperti bola yang lembut berloceng atau tiang dengan tali yang berjuntai. Kesemua permainan ini ada dijual di kedai – kedai haiwan kesayangan. Anda juga boleh membuat sendiri permainan untuk Nelly dengan kertas suratkhabar,kotak – kotak besar yang tidak digunakan, papan lapis atau kadbod sekiranya anda kreatif.
2.Kucing saya Bulat, menjadi garang terhadap seekor lagi kucing saya,Comel. Comel merupakan adik – beradik Bulat. Ini berlaku sejak Comel pulang dari klinik veterinar setelah seminggu dirawat di sana.
Deria bau kucing amat sensitif, kemungkinan besar Bulat tidak mengenali bau Comel kerana bau dari klinik veterinar itu masih 'melekat' kepada Comel. Mandikan Comel untuk menghilangkan bau klinik itu ,anda juga boleh menggunakan tuala yang sama kepada kedua – dua kucing supaya bau mereka bercampur dan Bulat tidak akan garang kepada Comel lagi. Jika tidak berkesan, asingkan kedua – duanya buat sementara waktu dan minta pandangan doktor veterinar anda.
3.Saya tidak mahu memandulkan Tom, kucing jantan saya. Saya rasa ia adalah berdosa dan lagi pun, saya tidak mahu Tom menjadi pondan!
Kucing tiada perasaan personaliti seperti manusia. Walaupun telah dimandulkan, personalitinya masih sama seperti sebelum dimandulkan. Malah ia akan menjadi lebih jinak, lebih bersih dan suka berada di sekitar rumah.Pilihan di tangan anda. Jika Tom ialah kucing baka baik dan anda ingin membiakkannya dengan kucing betina baka baik, maka tidak perlu memandulkannya. Tetapi jika anda tidak mahu membiakkan Tom , saya nasihatkan anda memandulkannya . Kucing jantan yang subur akan sentiasa merayau – rayau dan bergaduh kerana mencari pasangan. Ini menyebabkan Tom terdedah kepada dilanggar kereta , diculik dan juga ancaman penyakit berjangkit melalui hubungan kelamin. Memandulkan kucing adalah harus bagi menjaga maslahah ummah. Sekiranya Tom masih subur, ia akan aktif berkahwin dengan kucing – kucing betina liar dan menambahkan populasi kucing liar yang selalu mengalami masalah mendapatkan makanan,terdedah kepada pergaduhan dan akhirnya mati kebuluran atau diserang penyakit.
4.Saya suka memelihara anjing tetapi isteri saya sukakan kucing.Bolehkah anjing dipelihara bersama dengan kucing?
Kita selalu mendengar kata pepatah orang yang selalu bergaduh ,”seperti anjing dengan kucing”. Tetapi sebenarnya anjing boleh dipelihara bersama kucing . Umur paling sesuai ialah kedua –dua anjing dan kucing itu masih anak iaitu antara umur 2 - 4 bulan. Tahap penerimaan masing – masing lebih mudah di tahap ini. Bagaimanapun, jika anak anjing itu masih terlalu muda (2 -3 bulan) dan kucing itu sudah dewasa( 6 bulan ke atas), anda mungkin perlukan pengawasan rapi kerana dikhuatiri kucing itu akan mencederakan anak anjing itu dengan mencakar muka atau mata anak anjing. Anak anjing yang masih kecil tidak berdaya mempertahankan dirinya.Jangan paksa situasi penerimaan, perkenalkan mereka secara beransur – ansur dengan pengawasan anda. Selamat mencuba!
5.Adakah anjing atau kucing mengalami stress?
Ya. Selalunya baka oriental dan import lebih sensitif terhadap stress. Tetapi ia bergantung kepada keadaan haiwan kesayangan dijaga di rumah pemiliknya. Sebagai contoh, kucing yang dipelihara seekor sahaja di rumahnya mungkin akan menjadi stress dan boleh jatuh sakit sekiranya ditinggalkan kepada orang yang tidak dikenali terlalu lama oleh tuannya yang pergi bercuti.Dua atau tiga ekor kucing yang dipelihara bersama mungkin tidak mengalami stress jika ditinggalkan bersama kerana ia mempunyai "kawan" dan boleh mengelakkan ia berasa bosan. Seekor kucing yang selalu ditinggalkan di rumah bersendirian tanpa pengawasan dan permainan juga boleh merosakkan perabot seperti sofa dan kaki meja kerana ia menggaru perabot untuk menghilangkan rasa bosan dan melepaskan perasaan!
6.Anjing Rottweiler saya berumur 4 bulan dan gemar menggigit kasut. Menegapa ia berbuat demikian dan adakah ia membawa mudarat kepadanya?
Anak anjing anda sedang tumbuh gigi(teething) dan mengalami gatal gusi, seperti juga bayi manusia! Ia boleh mendatangkan mudarat sekiranya kulit kasut itu terkopek atau ia bermain dengan tali kasut dan anjing anda menelannya. Ia akan menyebabkan foreign body obstruction @ FBO (sekatan benda asing) dalam perut atau usus yang mungkin memerlukan pembedahan untuk menegeluarkan foreign body tersebut. Terdapat pelbagai alat mainan untuk teething yang boleh dibeli di petshop. Anda cuma perlu pastikan ia cukup kukuh , tidak mudah tercabut apabila digigit dan tidak menyebabkan keracunan.Dan....simpan kasut anda di tempat terlindung seperti dalam rak kasut beralmari.

soal jawab tentang pemakanan kucing

Pemakanan
1.Doktor, saya seorang vegetarian dan bolehkah saya memberi makanan vegetarian kepada kucing saya?Kucing saya adalah kucing jantan baka tempatan dan berusia 1 tahun.

Kucing merupakan haiwan karnivor seperti saudaranya harimau dan singa. Ia memerlukan diet yang mengandungi kalsium dan fosforus yang hanya terdapat dalam daging dan tulang. Diet yang terdiri dari sayuran akan menyebabkan malnutrisi kepada kucing tersebut seterusnya menyebabkan ia jatuh sakit. Terdapat beberapa jenis makanan komersial seperti makanan kering dan makanan dalam tin yang mengandungi cukup nutrisi yang diperlukan oleh kucing anda. Pastikan kucing anda sentiasa mendapat bekalan air minum yang mencukupi.

2.Kucing Parsi saya, Nemo suka makan pisang, limau dan epal. Adakah ia baik untuk kesihatannya?

Kucing juga memerlukan serat walaupun ia merupakan haiwan karnivor. Malangnya terdapat pemilik yang memanjakan kucingnya dan memberinya makan semua makanan manusia. Serat dalam buah – buahan adalah baik namun, jika diberi dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menyebabkan sakit perut dan cirit birit. Perlu diingatkan juga sistem pencernaan kucing tidak sama dengan sistem pencernaan omnivor seperti manusia. Anda boleh mencuba menanam sebuah pasu kecil dengan tumbuhan catnip ataupun parsley untuk memenuhi kehendak kucing terhadap serat.

3.Anjing Labrador Retriever saya, Missy,2 tahun,suka mengganggu kami sekeluarga sewaktu makan di meja makan. Bagaimana caranya untuk mencegah Missy berkelakuan sebegitu?

Haiwan kesayangan boleh dilatih agar tidak mengganggu kita semasa makan. Ketika di meja makan, jangan beri makanan anda kepada Missy walaupun ia meminta - minta(begging). Sifat ini adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan ia akan terbawa – bawa dan mengganggu sekiranya anda mengadakan jamuan makan bersama tetamu. Biasakan meletak makanan Missy di dalam mangkuk makanannya sendiri di suatu tempat khas. Jangan pedulikan Missy sekiranya ia masih meminta – minta. Pemberian makanan seperti ini juga boleh menyebabkan masalah kegemukan kepada haiwan kesayangan.

4.Bolehkah saya memberi makan coklat dan minuman susu kepada kucing saya?

Coklat mengandungi bahan kimia theobromine, sejenis kafein yang boleh menyebabkan keracunan kepada kucing apabila diberi berlebihan. Mengenai pemberian susu pula, adalah tidak digalakkan kerana perut kucing tidak boleh menghadam laktosa di dalam susu. Anda boleh membeli susu yang diformulasi khas untuk kucing ( cat milk formulated) di klinik – kllinik veterinar atau di petshop.Susu yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut dan cirit – birit. Bagaimanapun jika anda mengalami masalah anak kucing baru lahir yang tiada ibu, beli susu tepung khas untuk anak kucing , bancuh ikut sukatan dan beri minum setiap 3-4 jam sekali.

thanx to catlina

lagi pasal tabiat kucing!

Kenapa kucing.......

1. menggeselkan badannya ke kaki kita

- ini sebenarnya bukan perlakuan manja yg sering disalahtafsirkan oleh manusia...sebenarnya kucing menggeselkan badannya kerana hendak "menanda" kawasan atau objek yang berada di dalam teritorinya...jadi secara logiknya..kucing anda sebenarnya mengganggap anda adalah objek kepunyaannya! Jika anda perhatikan,ia juga menggeselkan badannya ke kaki meja dan sofa..dan setelah selesai "menanda" kaki anda atau objek lain, ia akan menjilat (grooming) tubuh badannya untuk menghilangkan bau anda atau bau objek tersebut dari badannya!(restore its own scent).

2. cuba mencium/menggeselkan mukanya ke muka anda

- ini juga bukan perlakuan manja. ia bermakna kucing anda sedang menyatakan hello kepada anda atau cuba berkomunikasi dengan anda.selalunya ia akan berbuat demikian apabila anda sedang mendukungnya atau ketika anda baring di mana muka anda berada sama paras dengan muka kucing tersebut.

3. melilitkan ekornya ke badan terutama apabila mahu tidur

- cuba anda usik kucing yang sedang mahu tidur atau dalam posisi rehat yang melilitkan ekornya ke badan. Anda pasti akan dibalas dengan renungan tajam dan ekornya akan melibas - libas ke kiri dan ke kanan.Ini bermakna, kucing anda tidak mahu diganggu dan ia mahu bersendirian!Perlakuan ini dinamakan defensive behaviour.

4. Merenung tajam , telinga menghala / leper ke belakang

- mudah sahaja, ia sedang marah! jadi, jgn balas renungan ini kerana ia bermakna anda sedang mencabarnya!

5. Mengembangkan bulu apabila bergaduh ataupun takut

- percubaan untuk menampakkan dirinya lebih besar dari lawannya / ingin menakutkan lawannya

6. Mengais - ngais makanan atau mainan yang tidak digemari

- ini menunjukkan ia tidak menyukai sesuatu barang atau makanan dan cuba menyembunyikannya. Dalam keadaan semulajadi, kucing akan mengais - ngais tanah untuk menyembunyikan barang yang tidak digemarinya. Jadi, secara nalurinya, ia akan berbuat perkara yang sama walaupun tiada tanah di kawasan tersebut.

7. tidak mahu masuk ke dalam litter boxnya ( kotak pasir tandas ) bagi kucing indoor, mungkin akan membuang najis di luar dari litter box

- ini ialah tanda bahawa ada sesuatu tidak kena dengan litter boxnya, mungkin pasirnya terlalu basah atau anda terlupa untuk menukar pasir baru yang lebih kering dan bersih. Cats are fussy and very clean animals actually....tetapi sekiraya tiada masalah dengan pasir tandas dan ia masih kencing dan berak di luar kotaknya, kemungkinan besar ia mengalami masalah urinari atau sakit perut yang menyebabkan ia tidak sempat hendak membuang air kecil atau najis ke dalam litter boxnya.

8. Mengiau

- tahukah anda bahawa kucing cuma akan mengiau kepada manusia?komunikasi antara kucing dengan kucing hanya melibatkan dengkuran, ciuman dan geselan badan. Mengiau menandakan ia memanggil anda atau cuba memberitahu anda sesuatu.....contoh: ia ingin makan , ia ingin keluar rumah, ia inginkan perhatian anda, ia inginkan cicak yang kelihatan di dinding rumah dll .

9.menangkap tikus, cicak atau burung dan membawanya pulang ke rumah atau meletakkannya ke hadapan anda.

- kadang - kadang anda akan begitu marah dengan kucing anda kerana membawa bangkai yang akan mengotorkan rumah dan juga kelihatan kejam.Kucing di habitat semulajadinya suka memburu, jadi perlakuan memburu adalah berasal dari nalurinya, walaupun ia tidak pernah belajar memburu jika ia dibesarkan secara indoor(dalam rumah).Kucing akan memburu dan membawa pulang habuan perburuan itu ke sarangnya ( dalam kes ini, rumah anda) untuk dikongsi bersama atau dijadikan hadiah kepada ahli keluarga yang lain. Sebenarnya perlakuan ini adalah satu penghargaan kepada anda kerana kucing anda menghargai anda sebagai ahli keluarganya!Antara cara untuk mengelakkan hal ini ialah memakaikan kolar berloceng supaya "haiwan buruan " akan menyedari kehadiran kucing anda dan ia sempat lari. Satu lagi cara ialah anda boleh menyorokkan makanan kegemarannya ( asalkan ia masih boleh mencium bau makanan tersebut) atau mainan kegemarannya untuk kucing anda mencarinya dan menggalakkan sifat berburu tadi.

10.selalu menjilat bulunya

-kucing akan menghabiskan sebahagian masanya untuk menjilat bulunya
- ada 2 sebab iaitu
1. ia ingin membersihkan/merapikan badannya (grooming)
2.kucing tidak mempunyai kelenjar peluh yang banyak seperti manusia, jadi dengan cara menjilat/ membasahkan bulunya dengan air lur, ia dapat menyejukkan badannya.


11.menggaru perabot, karpet, sofa

- kucing anda tidak akan faham sampai bila - bila , kenapa anda begitu marah jika ia berbuat demikian, kerana ini adalah naluri semula jadinya....kucing liar di habitat semulajadinya akan menggaru batang pokok untuk menanggalkan sel kuku mati dan menanda kawasannya.Oleh itu, anda dinasihatkan menyediakan tiang khas (scratching pole)untuk kucing anda menggaru ( boleh dibeli atau dibuat sendiri).Cat scratching pole ini hendaklah yang cukup kukuh supaya ia tidak mudah tumbang apabila kucing anda menggaru.

thanx to catlina

Tabiat Kucing ..

Tabiat Kucing
1. Kneading/ meramas

- kerana ia rasa selesa dan selamat - biasanya akan meramas pada permukaan bantal, sofa, selimut atau riba anda.

Peh...meleleh air liur..hehe


2.Flehmen response
- untuk mendapatkan bau dengan lebih berkesan, terutama di musim mengawan -juga untuk mengesan bau musuh

I smell a girl is passing by...


3.Menggaru perabot
- mengasah kuku

- menanda kawasan (ada kelenjar bau di tapak kaki kucing)

"Scratching is a good exercise for me but why my owner marah2 ha...?"
Scratchhhhhhh.....

4.Reaksi takut
- mengembangkan bulu, melengkungkan badan ( percubaan agar ia nampak lebih besar dan berharap musuh akan takut)

- jika tidak berkesan , kucing akan lari/ menyorok.

Opocot!
Omak!

5. Agresif/ ganas

-menyeringai, menunjukkan gigi

-vocalised (suara jadi tinggi) - menggigit/ mencakar

Grrr...you better watch out!Do not make me angry ahh..

6. Reaksi gembira

-nampak tenang
-relaks
-mata separuh terbuka dan kelihatan santai.

I'm happy....

thanx to catlina

Khamis, 23 Julai 2009

Body p0sture n expression kucing macamni tandanya....

cube tengok perubahan postur badan die... haa tu tandenye ape..???

leh klik pic bagi besar..then baru leh baca..

haa kat bawah ni pulak ekspresi wajah yang slalu diorang tunjuk.....


sources dpt dr feline behavior guidelines..

Rabu, 22 Julai 2009

Jumaat, 17 Julai 2009

bagaimana untuk menjadi pembiak baka?

bagaimana untuk menjadi pembiak baka?
1. TujuanTerlebih dahulu, tanya diri anda, apakah tujuan anda menjadi pembiak-baka??. Jika jawapan anda ialah KEUNTUNGAN, lupakanlah kerana menjadi pembiak-baka anda tidak akan mendapat keuntungan yang besar. Ini kerana sejumlah besar keuntungan anda perlu dilaburkan balik untuk mendapat kucing bermutu dan juga cat show. Anda harus menyertai cat show bagi membuktikan bahawa kucing anda adalah berkualiti, jika tidak tiada pasaran untuk kucing anda.
Anda juga memerlukan sejumlah wang modal kerana harga sepasang kucing boleh mencecah RM10,000 dan ia mungkin lebih sekiranya anda perlu mengimport pasangannya. Wang bagi pemakanan dan vitamins bulanan juga diperlukan selain dari wang kecemasan sekiranya kucing anda menghadapi masalah.
2. Anda harus memahami selok-belok penjagaan kucing.Anda harus tahu penjangaan kucing, bagaimana menghadapi kucing stress, penyakit-penyakit biasa seperti ear mites, fleas, diarrhea. Anda harus tahu bilakah atau jadual vaccination. Tempat/Bilik yang sesuai untuk kucing, ini adalah kerana anda memerlukan bilik khas untuk kucing betina dan kucing jantan (diasingkan sehinggalah jika mengawan) dan bilik ibu kucing menyusu dan menjaga anak-anak kucing. Anda juga harus tahu vitamins dan makanan yang baik untuk kucing dan anak kucing, ini kerana bagi menghasilkan baka berkualiti, salah satu faktor penyumbang ialah pemakanan dan vitamins yang baik.

another post from jarey.THANX!

sumting bout pertandingan meow..

pertandingan kucing (CFA)
Ramai yang menggangap bahawa hanya kucing pedigree (baka) sahaja boleh menyertai pertandingan kucing..sebenarnya ia adalah salah. Terdapat 3 kategori untuk kucing pedigree dan 1 kategori untuk kucing domestik (Domestic LongHair (DLH) atau Domestic ShortHair (DSH)).
PEDIGREE——-
1. ChampionshipUntuk kucing pedigree entire (tidak di neuter/spay) berumur 8 bulan keatas.
Kucing akan bermula dengan title OPEN. Ia harus mengutip 4 Winner Ribbons (berbelang merah/putih/biru) bagi mendapat title Champion (CH)…seterusnya ia harus mengumpul 75 mata bagi mendapat gelaran Grand Champion (GC).
2. Premiership
Untuk kucing pedigree yang di neuter/spay berumur 8 bulan keatas.
Kucing akan bermula dengan title OPEN. Ia harus mengutip 4 Winner Ribbons (berbelang merah/putih/biru) bagi mendapat title Premier (PR) …seterusnya ia harus mengumpul 25 mata bagi mendapat gelaran Grand Premier (GP).
3. Kitten
Untuk kucing pedigree yang berumur 8 bulan kebawah samada entire atau neuter/spay.
Tiada anugerah (title) untuk kategori kitten.
* kucing pedigree diadilli mengikut standard yang telah digariskan untuk setiap baka. Selain dari itu markah tambahan akan diberikan kepada kucing yang manja, bersih dan di groom dengan sempurna.
DOMESTIK———-
1. HouseHold Pet (HHP)Untuk kucing domestik samada berbulu panjang atau berbulu pendek. Kucing yang berumur 8 bulan keatas MESTILAH di neuter/spay.
Tiada anugerah (title) untuk kucing HHP
* kategori HHP diadili melalui manja kucing, bersih dan playful.
Semua kategori, 10 tempat teratas akan mendapat rosettes dan hadiah iringan (jika ada – seperti makanan kucing dsb). Ada juga didalam sesuatu pertandingan, kucing best in show akan dipilih dan menerima rosettes atau piala istimewa.
Semua kucing akan dicheck untuk penyakit seperti earmites, fleas, lices dan kebersihan oleh vet sebelum boleh dibawa masuk ke dewan pertandingan.

neuter ialah proses membuang kerandut buah kucing jantan bagi mengelakkan ia menghasilkan sperma. Adakalanya kerandut buah (buah zakar) tidak dibuang tetapi diikat.
Ia tidaklah menyakitkan, malahan kucing jantan boleh kembali sihat dalam masa seminggu.
Spay ialah proses membuang rahim bagi kucing betina bagi mengelakkannya bunting. Kucing betina akan mengambil masa dalam 3-4 minggu untuk kembali aktif.
Neuter/Spay adalah DIHARUSKAN dalam agama Islam. Ia tidaklah menjadi suatu kesalahan. Malahan kucing yang dineuter/spay akan menjadi lebih sihat dan manja. malahan ia tidak lagi menandakan kawasannya dengan spray atau buang air kecil/besar merata-rata dan ia tidak lagi bergaduh kerana berebut kawasan.
Ingatlah..kucing mampu melahirkan 5-7 ekor anak sekali bunting…dan dalam setahun ia mampun bunting sehingga 4 kali..jadi mampukah anda menjaga anak-anak kucing (7X4=24 ekor setahun) tersebut?

dipetik dari komen Nor Arisham Bakar di blog post jereys kenali kucing anda.