Ahad, 19 Disember 2010

Kenapa kucing gugur bulunya


 pick frm kucing utara..

Sebagai pencinta kucing seharusnya kita perlu menerima yang kucing akan menggugurkan bulunya secara bermusim dan ini dalah sebahagian daripada cara hidupnya.
Keguguran bulunya terjadi kerana penggantian bulunya yang rosak serta sentiasa dilindungi dengan bulunya yang baru.

Keguguran bulu semulajadi
Asalnya secara semulajadi kucing yang berbulu panjang mendiami di kawasan yang mengalami 4 musim dan akan mengalami keguguran bulu 2 kali setahun sebagai penyediaan dirinya terhadap cuaca & musim sekitar.
Pertama:Bila tiba musim bunga kucing akan menggugurkan bulunya yang tebal & lebat yang di"pakai"nya ketika musim sejuk dan tinggal bulu yang sederhana bagi menghadapi musim panas.
Kedua: Bila tiba di penghujung musim luruh bagi menambahkan bulunya yang nipis dengan bulu tebal dikenali sebagai proses "grow in" untuk menghadapi musim sejuk.

Kebingungan Kucing
Kucing akan mengalami fenomena kebingungan masa gugurnya sekiranya ianya berubah tempat ke kawasan yang panas sepanjang tahun seperti di tempat tropika.
Kesan cuaca tropika akan menyebabkan gangguan kepada sistem peka iklim kucing ini dan mengganggapkan ianya akan menghadapi musim panas setiap masa dan berterusan keguguran bulunya terjadi.
Kucing yang tinggal di dalam rumah semata-mata menggugurkan bulunya kurang berbanding kucing yang bebas keluar/masuk rumah kerana ia bertindak terhadap cuaca/suhu sekelilingnya.Lampu,penghawa dingin mempengaruhi keguguran bulunya.

Keguguran bulu & kesihatannya
Kucing yang menggugurkan bulunya adalah memberi petunjuk yang ianya sihat kerana kucing yang sakit tidak akan menggugurkan bulunya.Guguran bulunya adalah juga untuk penggantian kepada bulunya yang rosak/mati.

Pengaruh keguguran bulu
Faktor yang mempengaruhi keguguran bulunya adalah masa terdedah pada cahaya ,dikenali sebagai"PhotoPeriod".Semakin lama ianya terdedah pada cahaya semakin banyak bulunya akan gugur.


2 baka kucing yang tidak gugur bulu
1-Cornish Rex & Devon Rex-mengugurkan bulunya secara minima kerana kerinting.
2-Sphynx-tiada bulu

Sabtu, 1 Mei 2010

KUCING BULU 3 !!

Tahukah anda,

  • Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina!
  • Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!

  • Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!

Sabtu, 24 April 2010

walaupun kucing ni dikategorikan sebagai binatang yang comel..dan manja..tapi masih ada segelintir yang tidak gemar dengan kucing
kenapa?
1. mungkin kucing yang dipelihara buang air besar atau kencing bersepah
2. kucing kerap cakar sofa atau kerusi di rumah….
3.bulu kucing yang sering gugur…dan bersepah dalam rumah…kalau yang ada asma , memang tidak serasi untuk bela kucing..
tau tak punca bulu tu gugur?


antara sebabnya.. kucing tu diberi makan, makanan yang berminyak..contoh ikan goreng…kalau boleh rebus dulu ikan tu…
kucingnya degil?
kucing pun kena berbicara juga…siapa cakap kucing tak dengar kata? aku dah lebih sepuluh tahun pelihara kucing.. kalau kucing aku nak masuk bilik aku,, dan tunjuk tangan no-no-no je…dia tak jadi masuk.. pastu duduk jela depan pintu..kalau aku dah bagi masuk, baru dia masuk.. sebab tu kadang kala kena bercakap dengan kucing..bagi tau dia..
bagaimana caranya…?? aku rasuah kucing la..kalau dia tak masuk..aku bagi ikan sekor..hoho…mana boleh macam tu..rosak kucing tu nanti asyik kena rasuah je……sebenarnya ada cara-cara lain yang boleh kita buat dan praktikkan..
penjagaan kucing ni tak la terlalu berat…yang penting kita kena tau cara dan penjagaan yang betul…bagi mereka yang berminat untuk jadikan kucing sebagai binatang peliharaan, buku panduan di bawah ni memang amat sesuai untuk dijadikan panduan…
  • Jenis-jenis kucing …
  • Teknik memilih kucing peliharaan..samada kita nak beli kucing parsi ke…siam ke..yang mana sesuai untuk peliharaan..
  • Cara-cara memandikan kucing…mandikan kucing pun ada caranya..silap haribulan…bukan kucing yang mandi..tapi tuan yang mandi…jadi dari buku ni..kita boleh belajar, cara paling mudah untuk mandikan kucing..
  • Vaksin serta ubat-ubat yang diperlukan oleh kucing…kucing pun perlukan vaksin…bila kucing kita sihat…kelakuan kucing akan lebih menghiburkan,,,,
  • Panduan mengajar kucing menggunakan kotak najis (litter box)
  • Masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh kucing dan cara bagaimana mengatasinya
  • Sikap serta kelakuan pelik kucing yang perlu anda fahami… yang ni penting..terutama bila kucing kita sakit….sebab kucing tak pandai untuk berkata-kata..
  • Panduan mendandan dan menghias kucing kesayangan anda…
  • dan pelbagai lagi info menarik berkaitan kucing yang pastinya akan membuatkan anda teruja
ps: sape berhajat nak berhenti merokok tu boleh klik SINI! Ohh! lupee.. hadiahkan untuk adik, abg dan org tersayang pun boley…

tq dilla!

Isnin, 19 April 2010

Blackwood kitten - premium cat food

RM 15







BLACKWOOD KITTEN PEK 7.5kg. New unopen
RM15 sekilo. RM110 = 1pek 7.5kg
Due date : Februari 2011.
Sila hubungi Azlan di 017-3336562

Bengy Cat Food



RM 40

Repack 5kg ... also available in 20kg pack

expiration 2011
oean fish
cheap price
protein 27%

COD at Leisure Mall, Tesco Cheras, Carrefour Bdr Tun Hussein Onn, The Mines Sri Kembangan or Jaya Jusco Cheras Selatan. Delivery charge akan dikenakan seadanya. 


Atan: Phone 

Blackwood Cat Food - Airtight Bottle

Blackwood Cat Food - Airtight Bottle



RM 35

Its a airtight bottle for Blackwood Cat Dry Food of 2kg and suitable for refilling. You are entitled of 10% off for purchase above RM100 at our shop, Platinum Walk, Setapak. come and visit us. 

Animal Ark Pet Centre: Phone

Scented Clumping Cat Litter

Scented Clumping Cat Litter
RM33

Frisian clumping cat litter for sale. Suitable for all cats.
If buy 10 packs or more in single receipt.... You will entitle to get 1 pack more FOC....
SRP is RM 35...
COD only. Cod area Ampang, Kg Pandan, Bukit Bintang, Maluri
Limited stock first come first serve. No nego if you buy below 5 packs....

Izad: Phone

Royal canin cat kitten food

Royal canin cat kitten food 

Royal Canin BabyCat 34 - RM22 sekilo. 

RM200 = 1 pek 10kg(Original pack/pek asal).

Catfood adalah ORIGINAL ya, bukan tiruan dan
'Due date' adalah tahun 2011. 

RC jenis lain dan catfood premium jenama lain juga ada.
Sila hubungi call/sms 017-3336562.

CALL Azlan: Phone  

MOre kitten for adoption!!

Classic tabby kitten three months 

RM1950

 

 

 

 

 

call: arie dwi andika: Phone 


British Shorthair mixed 

RM450


CALL: akim:Phone



meow for adoption!! CALL GARY!

Cream persian with kinked tail 

RM 450




RM750 




RM 750


Cream Persian Kitten 

RM 750

call: Gary F Lim: Phone

how to insert image ek??

cemane ek? xde la button insert tu.. sape2 leh tolong tak??
nak insert image n link...

Sabtu, 3 April 2010

Keistimewaan Kucing

Memiliki haiwan peliharaan kesayangan selalunya boleh membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih baik lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa haiwan peliharaan kesayangan boleh membawa aura yang berbeza di dalam kehidupan manusia. Setiap haiwan peliharaan mungkin mempunyai rahsianya yang tersendiri, bukan sahaja ia boleh menjadi penghibur di dalam rumah, malah seperti ada satu aura yang membuatkan si pemilik haiwan peliharaan mendapat manfaat yang lebih banyak lagi. Perkara seperti itu, seringkali berlaku jika anda memilih kucing sebagai haiwan kesayangan anda.http://farm1.static.flickr.com/160/387667598_ea86c93d81.jpg

Apa yang ada dengan kucing? Apa yang membuat kucing begitu istimewa?

♥ Kucing akan menjadi sahabat yang akrab dan teman yang sejati ♥
Kajian menunjukkan bahawa kucing yang dijadikan sebagai haiwan peliharaan kesayangan, boleh meringankan diri seseorang yang sedang menghadapi masalah fisiologi dan emosional(sakit jiwa). Ini adalah benar. Dengan kajian yang terbukti ini, ia akan benar-benar menyembuhkan "hati yang luka", terutama bagi orang yang sudah lanjut usia dan sentiasa berada dalam tekanan dan kesedihan. Selain itu, kucing juga mampu memberi kasih sayang yang tinggi kepada tuannya, tetapi kurang menuntut perkara yang bukan-bukan. Kos memelihara kucing juga rendah dan ianya sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai gaya hidup moden.

♥ Kucing mempunyai sifat keyakinan yang sangat tinggi ♥
Orang yang memelihara haiwan peliharaan akan mengambil perhatian yang lebih jika dibandingkan dengan orang yang tidak memelihara apa-apa haiwan peliharaan. Ketika seseorang itu telah berusia ataupun sedang sakit dan mempunyai haiwan peliharaan kucing, ia pasti akan memberi perhatian sebaik mungkin kepada kucingnya. Seseorang yang merasakan dirinya sangat diperlukan (oleh kucing), mereka akan memancarkan suatu aura yang sangat optimis dan berkeyakinan. Malah, bagi anak-anak, mereka akan merasa lebih percaya kepada diri dan juga lebih bertanggung jawab jika dapat memelihara haiwan kesayangannya. Keadaan seperti ini akan melatih mereka untuk mengurus kucing-kucing yang lain dan haiwan-haiwan peliharaan yang lain, dan akhirnya orang seperti ini akan turut belajar bagaimana menguruskan perkara-perkara lain dengan seberapa baik yang mungkin.

♥ Kucing boleh membebaskan anda daripada stress atau tekanan ♥
Menurut kajian perubatan, duduk di kerusi, meletakkan kucing di pangkuan anda dan membelai rambutnya akan menjadikan anda merasa nyaman dan damai. Hal ini akan membuat anda merasa santai dan akan menjadikan anda merasa lega daripada stress yang disebabkan oleh apa-apa pun masalah.

♥ Kucing sebagai penawar kesihatan♥
Menurut "Society for Companion Animal Studies", pesakit akan mudah sembuh atau hidup lebih lama melalui haiwan. Telah dibuktikan bahawa mempunyai haiwan kesayangan pasti akan meringankan beban daripada kes-kes seperti kerosakan fisiologi ataupun psikologi manusia.

Kucing sebagai pemangkin social ♥
Kucing sebagai haiwan peliharaan lazimnya akan membuatkan rasa malu dan ragu-ragu dalam diri anda terhakis. Perkara ini berlaku apabila anda pergi berjalan-jalan bersama dengan kucing anda. Orang akan tertarik dan mula menyapa anda. Sebagai pencinta kucing, anda pasti tidak akan ragu-ragu untuk menunjukkan haiwan kesayangan anda kepada orang ramai semasa berjalan bersama-samanya.

thanx for kitty world..

Tips mberi makanan kpd kucing

Makanan untuk kucing adalah salah satu keperluan asas yang paling penting, perkara ini sepatutnya diuruskan oleh pemiliknya sendiri. Kita harus memberi makan kucing kesayangan dengan makanan yang paling berkhasiat supaya mereka dapat membesar dan hidup dengan baik, serta bebas daripada pelbagai penyakit. Seelok-eloknya, pastikan kucing anda tidak kehabisan air minuman.

Berikut adalah tip-tip yang boleh anda gunakan apabila memberikan makanan kepada kucing anda?
  • Jangan memberikan makanan yang mengandungi makanan berjagung sebagai bahan pemakanan
  • Elakkan memberi makanan yang berconation seperti hampir 50% daripada karbohidrat
  • Terlalu banyak makanan dengan bahan pengawet juga adalah amat-amat tidak digalakkan

Seterusnya, Apakah yang baik untuk kucing?

Ketahuilah asas-asas keperluan nurition untuk kucing anda. Ini termasuklah Protein dari daging, ikan, atau sumber untuk ternakan ayam dan itik, taurin, asid amino, lain-lain vitamin yang tertentu, mineral, enzim dan asid lemak. Akhir sekali, tentu sekali air.

Apakah kucing memerlukan karbohidrat?

Lazimnya, kucing tidak terlalu memerlukan karbohidrat seperti anda. Walaubagaimanpun, hal ini memang tidak dapat dielakan, jadi anda perlu memastikan karbohidratnya tidak mencapai atau melebihi 50 peratus dalam pengambilan pemakanan harianya.

Salah satu tip yang terbaik adalah memberi makan kucing anda dengan makanan yang bervariasi atau beranika jenis dari semasa ke semasa agar kucing kesayangan anda tidak mudah menjadi bosan. Sekiranya, anda memberi makan dengan makanan yang sama sepanjang masa, ia akan membuatkan kucing anda kurang bernafsu untuk makan dan ini akan menyebabkan kekurangan jumlah nutrition pada kucing kesayangan anda itu.

THANX.. kitty world